Pengalaman Menjalani Ujian Sigmoidoscopy

Assalamualaikum wbt.

Harini saya ingin berkongsi pengalaman saya menjalani prosedur Sigmoidoscopy.

Haaa.. Apakah sigmoidoscopy ini? Apa kaitan dengan breast cancer?

Untuk makluman, saya telah menjalani ujian sigmoidoscopy ini pada 10 April 2015. Tahun lepas punya cerita tahun ni baru nak share ye. HuHu..

Sigmoidoscopy yang merupakan ujian diagnostik yang dijalankan oleh doktor untuk mengesan masalah di dalam kolon yang lebih rendah (berhampiran rektum). Alat yang dipanggil sigmoidoscope tiub dengan kamera kecil, digunakan untuk melihat bahagian kolon tersebut. Ujian ini boleh digunakan untuk mengesan tanda-tanda kanser usus besar.

Ok, sebelum diarahkan membuat ujian tersebut, saya pernah mengalami bleeding semasa membuang air besar. Keluar fresh blood. Merah. Dalam kadar yang agak banyak. Macam rasa nak pitam masa tu. Memang sangat takut. Tapi, bleeding ini berlaku sekali sahaja. Jadi saya pun mengadulah kepada doktor di Klinik Onkologi. Doktor agak saya menghidap hemorrhoid. Apa tu? Buasirla. HuHu..

Doktor pun check. Tapi tak jumpa apa-apa. Clean and clear. Cuma kene marah dengan doktor. Sepatutnya masa bleeding tu terus datang ke Kecemasan hospital. Tapi saya pergi Klinik Onkologi minta diawalkan janjitemu. Saya jumpa doktor dalam seminggu selepas kejadian tu.  Jadi bila tak jumpa apa-apa tu, doktor pun kalut call Klinik Surgery Colorectal. Sambil-sambil dia call tu dia membebel la kat saya. Sebab doktor kat Surgery Colorectal tu tak jawab call tengah busy. Dapat je, terus dia tulis memo dan arahkan saya ke klinik tersebut.

Jadi di Klinik Surgeri Colorectal, doktor mencadangkan saya untuk membuat ujian sigmoidoscopy. Waktu ini, first time saya dengar ujian ini. Disebabkan aduan saya tu bleeding dengan fresh blood, so jangkaan something yang berlaku adalah di sekitar rektum. Bukan terus buat ye. Kena dapatkan tarikh appointment dulu.

Ujian saya dijadualkan sebelah petang. Jadi pagi tu kene berpuasa. Hanya boleh sarapan roti dan teh ‘o’ sahaja (light breakfast). Yela, nak cek usus besarkan. Kot ada makanan dalam tu, makin susahla doktor nak kenalpasti. Dah kena puasa belum tentu makanan semua hadam. Makanan malam tadi lagi kot tak hadam. Justeru itu, nurse bagi ubat untuk lawas. Kena masukkan cecair melalui saluran najis kita. Kena masukkan semasa di tandas. Kalau tak.. Haa.. Lepas je masukkan ubat tu terus ‘cherry berry’ (diarrhea). Memang kena keluarkan semua yang ada dalam usus besar. Nak pitam rasanya masa tu. Tapi kena kuatkan semangat sebab rasa macam tu tak lama pun (10 minit je kot). HuHU.

Selepas itu, prosedur pun bermula. Buat dalam dalm keadaan sedar ye. Nak masukkan camera ni. Sepanjang 30cm. Whoaaa!!! Tukar baju yang disediakan dulu. Kemudian kena baring mengiring ke kiri, rapatkan lutut ke dada dan… Bermulalah episod 30cm ke dalam kolon,rektum,area usus besar. Rasa apa? Awal-awal ok. Tapi makin ke dalam rasa senak. Perut mula tak selesa. Kembung macam masuk angin.  Waktu tu saya bagitau kat doktor, saya tak boleh teruskan dengan yang lebih panjang lagi. So, doktor stop.

Hasil daripada camera tu memang doktor bagitau selepas tu. Alhamdulillah tiada apa yang mencurigakan. Doktor kata mungkin masa bleeding tu usus tu luka. Disebabkan mereka worried about having colon cancer.  Yela, pernah ada cancer, jadi apa-apa aduan kesihatan doktor mesti akan ambil tindakan lanjut. TAPI… disebabkan concern mereka itu, saya dicadangkan untuk buat ujian colonoscopy. Risau ada apa-apa di bahagian usus kecil pula.

sigmoidoscopy

Nanti saya ceritakan pengalaman menjalani ujian colonoscopy pula ye.

Cuma masa balik dari ujian ni, saya terfikir mungkin usus terluka sebab saya makan pedas sebelum kejadian bleeding tu. Mungkinla..

Terima kasih sudi baca. Semoga bermanfaat kepada yang bakal menjalani ujian ini.

4 Disember 2012

Assalamualaikum WBT

Lama sungguh tidak menaip. Alhamdulillah, tarikh 4 Disember 2015 pada hari ini mengingatkan saya kepada tarikh saya didiagnos Kanser Payudara oleh Dr.Sudha dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.

Saya berseorangan ketika itu. Semasa berdepan dengan doktor, saya tiada reaksi. Tapi jelas di wajahnya rasa kesal untuk memberitahu saya berita itu. Beliau meminta saya untuk tenang dan terus berkata ianya boleh dirawat. Jangan takut. Jangan pergi jumpa bomoh. Mesti ikut rawatan hospital untuk sembuh.

Beliau memberikan saya 4 hari cuti sakit. Beliau menyuruh saya datang keesokkan harinya bersama mak untuk berbincang tarikh pembedahan. Saya cuma mampu memandang senarai panjang menunggu pembedahan di dinding bilik beliau. Ramai.

Saya pulang. Tetapi terus ke ofis. Dalam kereta baru menangis sepuasnya. Sampai di ofis, saya bagitau dua orang rakan sekerja yang rapat. Mereka pun turut menangis dengar berita tersebut.

Pulang dari kerja, saya bagitau mak. Mak diam. Tetapi tengah malam sewaktu saya tidur, saya dengar mak menangis. Sedih.

Tetapi itu 3 tahun yang dulu. Sehingga kini saya, keluarga dan rakan-rakan masih mampu ketawa bersama. Begitulah kehidupan. Tidak semestinya perlu sentiasa bergembira. Sesekali perlu bersedih. Muhasabah diri. Mencabar diri dan kehidupan.

My Blog Turned 2!

Assalamualaikum WBT.
Hari ini tahun ke-2 saya blogging. Dan ini adalah post pertama untuk tahun ni. Hai 2015! Agaknya lepas ni setahun sekali je kot update. Kikiki.

Semasa saya menaip untuk post ni, saya berada di Klinik Onkologi. Sementara menunggu giliran untuk chek up, saya merajinkanlah diri menaip.

Sebenarnya tarikh untuk check up lagi sebulan. Tapi saya terpaksa awalkan sebab rasa kesihatan agak sedikit terganggu. Saya pun mohonlah untuk diawalkan. Emosi pun agak terganggu kerana bimbang dengan kesihatan diri waktu ini. Macam-macam perkara yang bermain difikiran.

Untuk menghentikan semua ni, saya perlu berdepan dengan realiti. Jumpa doktor untuk pengesahan. Walaupun takut dengan hakikat yang negatif, i’ve to be realistic.

Semoga segalanya baik-baik sahaja. Dan segala yang saya fikirkan sekarang ni bukan satu kenyataan. Tapi lebih membimbangkan sekarang ni adalah berat yang semakin bertambah. Baru lepas timbang berat tadi. Haih.

Kepada rakan-rakan cancer survivor yang membaca blog ini, semoga terus tabah dalam mengharungi hari yang mendatang dan teruskan menjalani kehidupan dengan melakukan perkara yang natijahnya syurga insyaAllah.

image

Oktober Pink

image

Oktober kembali lagi! Yeay! Dan dah last day in October pun. Hihihi..

Seperti biasa Oktober adalah bulan bagi Kempen Kesedaran Kanser Payudara Sedunia. Tak sempat pun nak berkempen melalui blog ni. Cuma suka diingatkan lakukan pemeriksaan sendiri payudara dan perhatikan jika ada tanda-tanda yang tidak normal.

Kalau ada?
1. Pergi ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Doktor akan set kan tarikh dan masa untuk sesi ultrasound.

2. Sekiranya nampak seperti kanser, doktor akan lakukan biopsy. Breast terbabit akan dibius setempat. Doktor akan gunakan jarum besar (apetah namanya) dan akan tarik sedikit sample untuk diuji. Proses ini dinamakan Ultrasound-Guided Biopsy.

3. Keputusan makmal akan menentukan samada sample tersebut malignancy atau benign. Jika malignancy, ketahuilah itu adalah kanser. Jika benign, itu bukan kanser. Ketumbuhan biasa.

Saya teruskan sekiranya result positif kanser.

4. Jika kanser, doktor sedaya upaya menerangkan kat kita dengan cara paling terbaik. Masa saya dulu doktor siap bagi MC selama 4 hari untuk tempoh bertenang dan minta datang keesokkan hari bersama family untuk bincang proses rawatan.

Saya teruskan lagi bagi yang memilih rawatan hospital.

5. Next pilih tarikh pembedahan. Buku booking besar. Ramai rupanya tunggu turn. Kalau ikut doktor, lagi cepat lagi bagus.

6. Selesai pembedahan, ketulan tumor diuji lagi untuk memastikan kriteria kanser bagi menentukan jenis rawatan seterusnya.

7. Biasanya rawatan seterusnya adalah kemoterapi. Rawatan lain seperti terapi hormon dan lain-lain saya tak pasti ye.

8. Radioterapi.

9. Jaga makan dan bersenam.

10. Terus menghargai kehidupan dan kesihatan diri.

Sekian, Keep Calm and Fight On!

image

pengalaMan MaMMograM

Assalamualaikum WBT. Hai!!!

Kali ni saya nak berkongsi pengalaman saya menjalani ujian mammogram. Sepatutnya pada 08.08.2014 saya perlu jalani ujian mammogram. Tetapi rupanya telah ditukar kepada ujian ultrasound.  Kalau ikutkan surgeon yang cute memang suruh saya buat mammogram, malangnya beliau dah pindah hospital! Sob..Sob.. T_T. Maka ada perubahanlah pada arahan kepada radiologi.

Mammogram ni bagi saya sakit. Tapi sakit hanya pada ketika itu sahaja. Bukanlah sakit meleret-leret sampai membolehkan dapat MC. Sebab itu bila dah sampai tarikh temujanji, fizikal mental dah bersiap sedia. Saya dah rasa pengalaman ni sebelum pembedahan. Tapi bila dah tukar baju, masuk bilik diorang suruh saya baring. Terpinga-pinga gaklah. Saya tanya, buat ultrasound ke? Bukan mammo? Katanya ada perubahan pada borang. Seseorang telah batalkan ujian mmogram saya dan diganti dengan ultrasound. Prof siap tunjuk borang tu kat saya untuk meyakinkan saya. Hurmm.. Ok. Caya. (sebelum tu Prof minta maaf sebab buat saya tunggu lama. katanya awak punya ultrasound, so awak last. bagi yang buat mammo dulu. cet)

Lagila saya suka sebab ultrasound ni tak sakit pun. Pakai gel pastu scan tengok je kat pc. Prof akan tengok sambil berbincang dengan jururadiologinya. Sempat juga pesan kat saya jangan amek port sangat perbincangan diorg tu. Sebab tu hanya hipotesis awal saje. Tapi tetap risau wehhh.. Ok, selesai, Prof bagitau saya result. Alhamdulillah, tiada penampakan suspek dalam filem itu. Lega. Tapi, Prof menyarankan agar saya buat mammogram juga. Huk aloh! Sebab dah ada cancer history. Mihmihmih..

Ok. Saya setuju. Prof pun mintakla radiologist buatkan mammogram untuk saya. Memandangkan saya yang terakhir tepat pada jam 5.00 petang pulak tu, radiologist bagitau mesin dah off. Hurmmm ok. Balikla ni ye. Dengan janji, masa jumpa doktor di breast clinic minta doktor isikan 1 lagi borang untuk saya buat mammogram.

*****

13.08.2014 temujanji dengan breast clinic. Saya pun amek peluang tanya kat doktor, nape tukar saya punya ujian dari mamogram kepada ultrasound? Kan mammogram lebih accurate untuk detect cancer.. (terus tuduh  doktor tu. haha). Beliau pun explainla nape. Katanya gini;

“Umur di bawah 40 tahun tak sesuai untuk jalani ujian mammogram kerana dense tissue in breast lebih banyak compared to ladies in 40 and above. Dense tissue and breast cancer akan appear dengan white color. Sama. Susah nak beza. Manakala umur lebih 40 tahun, fat tissue in breast yang banyak. So, tak efektifla kalau guna mammogram untuk yang berumur di bawah 40 tahun.”

Ok. Paham. Tak semestinya mammogram adalah cara yang tepat untuk detect cancer. Tapi saya sampaikanlah pesan Prof kat radiologi tu yang dia cadangkan saya untuk buat ujian mammogram juga. Bertelagah jugakla dengan doktor tu. Tapi profesionalnya, beliau cuba dapatkan pandangan rakan-rakan lain. Nasib ada doktor seangkatan surgeon cute tu masih ada. Beliau sependapat dengan prof sebab my dense tissue dengan fat tissue sama banyak. (gemok kannnn.. ada fat tissue). So, doktor tu bertungkus lumuslah mendapatkan tarikh temujanji untuk saya buat ujian mammogram.  Alhamdulillah dapatlah tarikh sebelum temujanji dengan oncologist pula. Haa, doktor kat klinik onko pun memang nak tengok result mammogram. Sudahnya dapatlah tarikh beserta tarikh ujian pada tahun depan juga. (means, tiap-tiap tahunlah kene buat ujian mammogram ni).

*****

Akhirnya pada 20.08.2014 saya pun buatla ujian mammogram. Nak kena cerita detail ke eh? Takyahlaaa. Boleh google sendiri gambar. Memang menjerit gak. Walaupun tak sampai 5 minit, tapi… hurm…. Radiographer siap pesan, kalau gerak-gerakkan badan nanti gambar tak cantik, kene buat balik. So, nak tak nak, bertahanlah sikit sakit tu.

Result pada 21.08.2014 saya dapat di klinik onkologi. Doktor  explain, tiada apa-apa yang mencurigakan. Alhamdulillah. Walaupun dalam bulan Ogos 2014 ni, 4 kali saya perlu ke hospital, tapi saya agak puas hati. Dapat buat dua ujian.. Ultrasound dan Mammogram. Walaupun begitu, kedua-dua ujian ini hanya untuk mengesan cancer bukan untuk menghalang pertumbuhan cancer. Masih perlu buat breast self examnination. Masih perlu jaga makan, bersenam.

Nasihat saya, kepada siapa-siapa yang sakit, jangan malu untuk bertanya. Lagi-lagi pesakit cancer ni banyak department yang jaga. Pendapat mereka pun berbeza-beza. Dapatkan nasihat dari yang pakar dan cari ilmu. InsyaAllah, ini usaha untuk sembuh. Mudah-mudahan Allah redha dan perkenankan.

DSC_1571